Chingu(s)

[ EXO-Love ]

ENTRY ABOUT LINKIES BIAS STUFF

I'm the owner of this blog. This blog is about me & my hubby . I post what I like & I like what I post. Proud to be an Exotic ! Thanks to all who come to my blog. Do follow my blog & click nuffy. I'll appreciate it

Chit-Chat


My Seonmul(s)

Click Click
Fanfic - Be My Girl Last Part
Assalammualiakum & Annyeonhaseyo
Maaf sebab lambat sehari masuk FF ni..
& this is the last part Be My Girl !
I hope u guys enjoy reading it ! & Thx for reading it !


            Tanpa rasa bersalah aku terus menyiku perutnya yang dari tadi berdiri di belakang ku sambil memeluk erat pinggang ku. Rimas aku dibuatnya. Dia hanya menggosok-gosok perutnya. Mungkin aku tersiku kuat sangat. Aku sendiri pon tak sedar.  “Tak nak la ! Oppa pergi mandi la sendiri.. takkan mandi pon nak berteman? Sambung ku lagi dengan perasaan yang  agak keliru apabila dia mengajak ku untuk mandi bersama dengannya. Dia hanya ketawa melihat muka ku yang sudah berkerut. “ Oppa gurau la sayang.. Saje nak usik chagi, nak tengok reaksi chagi macam mane. Tu je.. “balasnya sambil tangannya lembut menolak fringe rambut ku ke telinga. Aku hanya mendiamkan diri sambil menundukkan pandangan. Chanyeol yang berada di hadapan ku mula mengangkat dagu ku sambil memandang tepat ke dalam anak mata ku. “What’s wrong my girl?  Oppa ade salah cakap ke? Maafkan Oppa ye sayang?”  pujuknya sambil memeluk ku dengan erat.  Aku tersenyum gembira tapi dalam pada masa yang sama tanpa aku sedari air mata ku mula mengalir dengan sendiri.Terasa bahagia apabila aku berada dalam dakapannya. Cair pulak hati ni ! Tak jadi nak merajuk lama-lama. “Sayang nape nangis ni?” sambil tangannya menyapu air mata yang jatuh pada pipi mulus ku. “Takde ape-ape.. chagi happy sangat sebab oppa sentiasa ambil berat pasal chagi..”balasku. “La.. yeke? Oppa ingatkan kenapa la tadi.

            Chagi.. Jom..” ajaknya sambil mengenyitkan mata. Dahi ku sudah berkerut kerana kurang faham ape yang dia cuba sampaikan. “Huh? Pergi mane? Kan dah malam ni.. takkan nak keluar kot? Sejuk la takut demam pulak.. nanti oppa jugak yang susah kalau chagi demam” jawab ku walaupun sedikit keliru dengan ajakkannya. “Bukan keluar la sayang.. Oppa pun taknak keluar malam-malam ni..sejuk.. Oppa ngantuk la sayang.. Jom kite tidur ! Katil tu dah rindu dekat oppa dia ajak suruh tidur cepat-cepat” katanya sambil menarik lembut  tangan ku. Aku memukul lembut dadanya. “Oppa ni ngade terserlah kan? Kalau macam tu.. Siapa lambat dia kena tidur luar !” aku terus berlari dengan pantas menuju ke bilik begitu juga dengan Chanyeol yang jauh ketinggalan di belakang ku. Aku ketawa sendiri kerana gembira yang teramat apabila dapat mengusiknya.  Aku dengan pantas menutup pintu bilik tetapi Chanyeol terlebih dahulu menolak pintu agar dia dapat masuk. Aku kalah sebab dia lebih kuat dan pantas manakala aku ni tak berapa nak kuat dan tak besar mane pun. Aku berlari menuju ke katil dan menyorok di bawah selimut. Chanyeol yang sedar aku menyorok di bawah selimut hanya ketawa melihat gelagat ku yang tak ubah macam budak kecik. Aku cuba untuk melihat Chanyeol berada di mana.. apabila aku menurunkan selimut.. Chanyeol sudah berada betul-betul di hadapan ku. Aku menjerit kerana terkejut dengan perbuatannya itu. Chanyeol hanya meletuskan tawanya sehingga berguling-guling di atas katil. Aku naik geram melihat dia macam tu. “Sayang marah ke? Mian.. Tadi chagi usik oppa boleh pulak? Oppa usik sikit takkan chagi dah nak marah?”jawabnya sambil tangannya ligat menarik pipi ku yang sedikit chubby. Chanyeol beralih tempat lalu mengambil tempat di sebelahku sambil sebelah tangannya merangkul pada pinggang. Aku bersandar pada dadanya sambil memeluk pingangnya dengan erat. Terasa begitu selesa dan hangat apabila aku berada dalam dakapannya. Aku harap dapat berhentikan masa agar dapat menikmati setiap saat berada dalam dakapannya yang hangat. “Sayang..” Chanyeol bersuara. “Ye oppa?” aku membalas. “Sayang nak tau satu rahsia besar tak?”

              “Rahsia? Besar? Nak.. ape dia?” hatiku benar-benar ingin tahu ape yang besar sangat rahsia tu. “Chanyeol menolak rambut ku kebelakang telinga lalu membisikkan di telinga ku. “Listen properly, Only you in my heart and no one can replace you. I can’t live without you.. Only you can BE MY GIRL..” 


THE END.

Written by Me at 04:53 0 Chingu(s)
Fanfic - Be My Girl part 3
Assalammualaikum & Annyeonghaseyo
Mesti ramai yang tak sabar nak baca sambungan
Be My Girl ! Betul tak? Okay hari ni saya nak bagi
sambungannya ! I hope u guys enjoy reading it ! & Thx 
for u guys support ! Jasa anda amat di hargai kalau dah baca
Bagi tau la ye jangan senyap2 saya nak pendapat korang
biar saya boleh perbaiki kesalahan saya.. al-maklum lah saya 
ni budak baru belajar mesti la ade buat kesilapan kan2.. Okay la
Jom baca Be My Girl Part 3 !


            Satu kucupan hangat hinggap pada pipi Chanyeol. Dia sudah tersengih macam kerang busuk dengan menampakkan dua baris giginya yang putih melepak. Pipi ku sudah terasa panas akibat perasaan malu yang meluap-luap. “Eceh, blushing pulak die ni… comel jer.. eeee.. geram pulak oppa tengok pipi chagi.. putih merah.. hehe..”pujinya sambil ketawa nakal. Sayang lapar tak? Jom kite makan. Oppa masakkan nak? “ ajaknya lagi. Aku yang dari tadi mendiamkan diri hanya menganggukkan saja.

            “Chagiya.. nak makan ape? Kimbap? Tteokbokki? Sup kimchi? Bulgogi? “ soalnya sambil me‘recommand’kan beberapa jenis makanan kepada ku. “Ape-ape jela chagi tak kisah pun.. semua yang oppa masak semua favourite chagi tau !” balas ku sambil bermain dengan chopstick yang terletak kemas di atas meja. “Betul ni? Okay la kalau macam tu.. chagi duduk sini diam diam oppa masak kejap ye.. jangan nak lari ke mane-mane tau ! Kalau tak oppa kiss sampai lemas ! “ ugutnya sambil ketawa berguling-guling. “Yela, macam tau tau je orang nak lari ! “ aku menjawab selamba sambil menjelirkan lidah kepadanya. “Chagi lari oppa kejar dan tangkap sampai dapat lepas tu oppa ikat chagi ketat-ketat biar tak boleh lari terus. Balasnya sambil tangan nakalnya menarik hidungku yang tak berapa nak mancung ni. Dia terus berlari-lari anak menuju ke dapur. Aku hanya duduk di meja makan sambil mendengar lagu-lagu EXO di telefon bimbitku dengan menggunakan headphone.

             “Sayang.. bangun sayang..”Chanyeol mengejut ku. Aku menggeliat sambil menggosok-gosok mata dan membetulkan rambut yang sedikit kusut. Aku tidak sedar yang aku sudah tertidur dek kerana menunggu Chanyeol menyiapkan makanan di dapur. “Alolo.. siannye die penat sangat ye sampai tertidur tunggu oppa masak... ni oppa dah siap masak.. dah pergi basuh muka tu dulu.. air liur basi pun ada melekat lagi kat pipi tu..” balasnya sambil ketawa terbahak-bahak. “Huh? Air liur? Ade ke?” aku meraba-raba mulut ke. “ Takde pun ! Oppa ni suke kan usik chagi ! Eeee ! “ aku terus menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Chanyeol hanya ketawa melihat muka ku yang kemerah-merahan akibat menahan marah.

                Setelah aku selesai membasuh muka aku terus mengambil tempat duduk di di meja bersebelahan dengan Chanyeol.  Aku terkejut apabila kerana terdapat banyak makanan sudah tersedia di atas meja. Tanpa aku sedar aku tersenyum sendiri melihat pelbagai makanan di atas meja. Terasa berbunga hati ini apabila lelaki yang aku cintai menyediakan semua makanan ini dengan penuh kasih sayang. “Sayang.. jangan la tengok je sampai nak terkeluar bijik mata tu.. jom la makan..” ajaknya sambil tangannya laju meletakkan makanan di atas pinggan ku tanpa di suruh.  Aku terus menyuapkan makanan ke dalam mulut. “Wow ! Sedapnye ! Pandai Oppa masak.. kalah chagi..”pujiku dengan ikhlas sambil mengangkat ibu jari. “Betul ke ni chagi? “ balasnya seperti tidak percaya. “Betul la.. buat ape chagi nak tipu oppa!” pujiku lagi. Elok la kalau chagi dah cakap macam tu. Chagi makan la sampai kenyang. Biar cepat besar dan chubby sikit baru sedap nak peluk” dia sudah menggoyang-goyangkan badan sambil membuat gaya  memeluk tubuhnya sendiri. Aku yang sedang makan hampir terhambur keluar makanan yang sedang aku kunyah apabila melihat aksi si dia yang kelakar tapi still cute ! Nasib tak terhambur ke mukanya. “Ape suke-suke ni? Ade badut buat persembahan free ke dekat sini? “  dia menanya apabila melihat aku ketawa sendiri. “Ade.. ade.. Ni badutnye..” aku menunjukkan jari telunjuk ku tepat ke arahnya hidungnya. Chanyeol terus mengigit lembut jari ku. “Yah ! Oppa ! lepaskan la ! Lapar sangat ke sampai jari chagi pun oppa nak makan? Ni makanan banyak atas meja ni.. makan la jangan gigit jari chagi sakit la..” rayu ku minta di lepaskan. “Tau takut.. tu baru sakit sikit.. belum oppa tembak chagi lagi..” dia sudah tersengih nakal kepada ku. Aku memukul lembut pada lengannya. “Eeee.. ngade la Oppa ni.. tak nak kawan..” aku sudah memuncungkan bibir. Malu diusik begitu tapi mahu !

           Setelah selesai makan aku mencuci pinggan-pinggan, periuk, cawan dan sudu di dapur . Manakala Chanyeol mengelap meja makan di ruang makan. Sedang aku khusyuk mencuci pinggan Chanyeol memeluk aku dari belakang. “ Sayang nak oppa tolong ke ?” Chanyeol menawarkan diri. Sebab tula aku sayang giler-giler dekat die. “Takpela dah nak siap pun.. sikit je ni” balasku sambil tanganku pantas mencuci pinggan-pinggan di dalam sinki. “Okay.. oppa tunggu chagi ye” jawab nya  sambil tangan nakalnya tidak berhenti mengusap lembut rambut ku. “Oppa jangan la ganggu chagi.. pergi la tengok tv ke.. berehat ke.. tak pun pergi la mandi..” aku memberi idea agar dia tidak mengganggu ku. “Oppa nak mandi dengan chagi.. boleh?” aku yang mendengar dia berkata begitu hampir terlepas pinggan yang aku pegang bukan kerana pinggan itu licin tetapi aku terkejut apabila mendengar ayat itu keluar daripada mulutnya.. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh terfikir sampai macam tu sekali. “Boleh tak chagi? Jebal.. jebal..” dia merayu sambil membuat aegyo. “ Emmm…” 
Bersambung....

Written by Me at 04:14 0 Chingu(s)
Fanfic-Be My Girl Part 2
Assalammualaikum & Annyeonhaseyo
Sambungan FF Be My Girl Part 2
I hope you guys Enjoy reading it!


           * E.X.O nan neoreul matgo tto neorul matsinda shimjangi teoll yeohwa gyeseok deurikyeo deo ajik mojara* ringtone handphone ku menjerit minta untuk diangkat. Aku melihat nama Min Jina yang tertera pada screen telefon bimbit ku lalu aku mengangkat. “Oppa kejap eh kawan call” balas ku. Chanyeol mengangguk lemah.

            “Yeobuseyo” jawab ku.  “Yerin-sshi !!! Park Yerin ! Kau nak tau tak aku dapat 2 tiket pergi konsert EXO !! Wooo ! Daebak !” jerit Jina yang merupakan sahabat baik ku sejak sekolah rendah lagi. “Kalau ye pun jawab la salam dulu jangan la main jerit lama-lama boleh cair taik telinga aku ni” rungut ku. Mian, aku excited sangat ni. Macam tak percaya je aku boleh dapat tiket free ke konsert EXO dapat backstage pass kot ! Macam mane aku boleh tak jerit. Dah lama sangat aku nak pergi konsert ni ! Akhirnya impian ku tercapai juga !” balasnya lagi. Ommona , jinjja? Kau jangan main-main dengan aku bab konsert-konsert ni”  Sambung ku lagi. Aigoo, kau baru kenal aku ke hari ni? Kita dah kawan berapa tahun. Kau pun tahu kan aku ni fanatic giler-giler dekat EXO. Aku serius talk la ni” Kedengaran suaranya yang agak serius. Ye aku tau kau tak main-main dalam bab ni, just aku  sedikit terkejut tu je”balas ku lagi. So lagi satu tiket tu untuk sape? “sambung ku lagi dengan berharap Jina akan membawa aku ikutnya bersama, kerana aku juga merupakan fandom EXO yang no satu !” Hurmm, aku pun tak pasti la nak bawak sape. Maybe seorang kawan.. yang dah lama aku kenal .. giler-giler dan sekepala macam aku. “jawab Jina sambil berteka-teki. Kau jangan la nak berteka-teki dengan aku. Cepat la kau nak bawa sape? Kucing kau ke? “ balas ku lagi dengan perasaan sedikit merajuk. “Kucing? Tak kuase aku nak bawak kucing. Aku sendiri pon takde kucing. Aku akan bawa kau la yang merupakan satu-satunya kawan baik yang aku ade !” balasnya. “Ommo ! Jinjja? Gumawo nae chingu ! Sebab tu la aku sayang kau ! Kau la kawan aku dunia dan akhirat ! Muah muah”

            Aku perasan Chanyeol yang dari tadi hanya menjadi pemerhati ketawa melihat mimik muka ku apabila berbual dengan Jina. Aku sedar yang kedua-dua belah tangan nakalnya sudah melingkar pada pinggangku tetapi aku membiarkannya sahaja perbuatannya itu. Jarinya asyik mengusap pipi ku dengan lembut. Aku memberi isyarat agar tidak mengganggu ku tetapi dia tidak akur dan terus dengan perbuatan nakalnya itu.  Tanpa aku sedar satu kucupan hangat hinggap pada leher ku kemudian di telinga ku dan seterusnya pada kedua-dua belah pipi ku.

          “Okay la Jina aku ada banyak kerja nak buat ni thanks for the tiket ! See u & take care Bye” bohong ku kepadanya kerana aku tidak selesa untuk berbual akibat diganggu oleh Chanyeol.  “Sure my  pleasure dear. You too, ByeBye”  Apabila aku selesai berbual dengan Jina di telefon, aku memuncungkan bibir untuk menunjukkan perasaan marah ku apabila dia mengganggu ku yang sedang asyik berbual dengan kawan baik ku seketika tadi. Dia hanya tersenyum nakal kemudian dia mengambil tangan ku lalu meletakkan pada dadanya. Aku dapat rasakan degupan jantungnya yang berdegup pantas. “Macam ni la Oppa rasa setiap kali Oppa tengok Chagi senyum, ketawa, marah, sedih, mulut muncung macam sekarang ni” sambil tangannya menarik hidung ku. Apa-apa saja yang chagi buat jantung oppa akan sentiasa berdegup kencang. Oppa geram tau tengok chagi ni. Cute sangat lebih-lebih lagi time chagi senyum. Boleh jatuh jantung oppa ni”balas chanyeol sambil senyum nakal. Aku yang ingin marah tadi terbantut malah muka ku sudah berubah menjadi merah yang teramat apabila lelaki yang aku cintai meluahkan perasaannya sebentar tadi. Aku dapat rasa dan lihat dari matanya yang dia benar-benar ikhlas meluahkan perasaannya terhadapku kerana aku pun mempunyai perasaan yang sama kepadanya. Buat masa ini aku belum bersedia untuk meluahkan segala-galanya. Aku lebih suka menyimpan daripada meluahkannya.

         “Chagiya? Mengelamun je tau.. eeee budak ni… kang Oppa cium baru tau” sergahnya sambil memuncungkan mulutnya. Aku menolak dadanya. “Biarla, tak kan mengelamun pon tak boleh? Eeee capang…gigit telinga tu sampai putus baru tau langit tinggi rendah” balasku sambil menjelirkan lidah. “Buat la kalau boleh sampai? Ketot” jawabnya dengan selamba ditambah dengan letusan ketawanya. Ejekkannya membuatkan aku geram lalu dengan pantas aku melompat pada belakangnya dan aku membelit tangan ku pada lehernya lalu aku mengigit telingannya. “Aduh ! Chagi ! Oppa gurau jela.. Chagiya jebal stop.. sakit la..”rayunya minta dilepaskan. “Mintak maaf dulu... baru chagi lepaskan” ugut ku. “Maafkan Oppa sayang.. please sayang..” pujuknya kepada ku sambil membuat aegyo. Aku pun turun daripada belakangnya.. tiba-tiba dia memeluk ku dari belakang lalu memangku ku sambil mengenyitkan matanya. Nakal lagikan.. memang nak kena cium dengan Oppa ni..”ugutnya untuk manakutkan ku. “Oppa tak nak ! Turunkan chagi cepat !” aku meronta-ronta dalam pangkuan hangatnya. Sejujurnya aku sentiasa berasa selesa & selamat apabila berada dengannya .  Tak boleh.. kiss sini dulu..” sambil menunjukkan pipinya kepada ku. Tak nak ! Nak merajuk !” balas ku dengan sengaja merajuk. Kalau macam tu Oppa tak nak lepaskan chagi sampai esok pagi. Kalau nak oppa lepaskan kiss sini dulu. Cepat.. Oppa tunggu ni..”paksanya lagi.

     Bersambung...                                

Written by Me at 05:09 0 Chingu(s)
Fanfic - Be My Girl
Assalammualaikum & Annyeonghaseyo
Hari ni saya nak share My Own Fanfic !
Tajuk - Be My Girl 
Pengarang - Ain
Watak Utama - Park Chanyeol & Park Yerin

Part 1

      “Oppa tengok sini.” Panggil ku sambil tangan ku membuat gaya pistol lalu menunjuk ke arahnya.” Ommo chagiya hajima, Jebal.” rayu si dia sambil membuat aegyo. “Bang ! bang !” balasku. “Ahh ! Andwae !” dia mengerang kesakitan sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas dada akibat terkena tembakkan olok-olok oleh ku. Lalu dia meletakkan sos tomato di dadanya sambil merasanya sedikit sebelum dia berpura-pura sakit. Aku geli hati melihat aksi lucu yang dilakukan oleh si dia ditambah pula dengan mimic muka kesakitannya.

       Ya,aku mengaku hanya dia seorang saja yang sering membuat aku tidak kering gusi ketika bersamanya. Setiap hari aku tidak akan indah dan ceria jika dia tidak berada di samping ku. Kami berdua telah berkawan selama 2 tahun dan kami telah bersama selama 4 bulan.  Park Chanyeol seorang lelaki yang baik dan peramah yang pernah aku kenal. Dia seorang yang sangat tinggi, suka senyum dan yang paling aku suka adalah telinga dia yang capang,dan lagi capang bile dia pakai topi but still cute.

      Aku masih ingat ketika pertama kali aku kenal dia. Aku sangat terkenal sewaktu di sekolah dahulu kerana bakat menyanyi sambil bermain gitar yang aku ada pada ketika itu. Pada suatu malam ketika aku berada di sekolah untuk berlatih menari. Aku hanya ditemani beberapa lampu bilik dan muzik yang dimainkan di radio. Aku  merasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan aku dari belakang. Apabila aku menoleh kebelakang tidak ada sesiapa pun yang berada disitu hanya aku seorang sahaja dalam bilik ini. Aku pun terus sambung berlatih gerak tari dengan bersungguh-sungguh sambil mengikut rentak irama muzik, tiba-tiba kaki ku tersilap langkah lalu aku tersadung dan menyebabkan aku jatuh terduduk.

      “Ouch !” ngadu ku kesakitan. Chanyeol yang dari tadi menjadi pemerhati secara senyap terus bergegas untuk membantu aku apabila dia melihat aku mengerang kesakitan. “Yerin, awak tak apa-apa ke?” Tanya Chanyeol dengan nada suara yang agak risau.  Pada saat itu mata kami saling bertentangan buat pertama kali. Aku dapat rasakan degupan jantung ku yang begitu rancak. Aku tersedar yang kami telah lama bertentang mata lalu aku pantas menarik pandanganku ke arah lain. “Kaki aku.. terseliuh sikit..” balas ku dicampur dengan sedikit tangisan yang halus. “Boleh bangun tak? Jom ke Klinik.” Chanyeol dengan pantas mengangkat aku tanpa disuruh lalu menghantar aku ke klinik yang berhampiran. Aku bernasib baik hari kerana aku memakai legging dan bukan short skirt kalau tidak dia dapat free show malam ni, tak ke aku jugak yang akan menempah malu?

     “Khamsahabnida. Kalau kau takde tadi mungkin aku dah tak boleh bangun. Maaf kalau aku menyusahkan kau malam-malam ni. Khamsahabnida sekali lagi.” ucap ku sambil tidak berhenti-henti tunduk 90 darjah. “ Eh, takde la tak susah pun.Next time be careful girl. Don’t be too clumsy.”balasnya sambil tangannya dengan tidak tau malu mengusap rambut ku. Aku menepis tangannya kerana habis kusut rambut aku dibuatnya. “Yah, jangan main rambut boleh tak?” aku mengetap bibir akibat geram terhadap perbuatannya yang selamba badak itu. “Mianhae girl, but please don’t make that face . You look so cute even when u getting mad.” Balasnya lagi sambil ketawa. “Ugh, apa-apa jela BTW thanx again and FYI stop teasing me ! I don’t like it !” balasku dengan perasaan yang agak geram apabila dia mengusik aku begitu.

         “Chagiya? Chagiya? Okay tak? Kenapa mengelamun ni? “sergah Chanyeol yang menyebabkan aku tersedar dan kembali kepada dunia realiti. “Ne? Mian oppa.” Pipi ku merah kerana malu apabila dia perasan yang aku tengah mengelamun sendiri ! “Mengelamun pasal siapa ni?  Pasal Oppa or lelaki lain? “ dia memuncungkan bibirnya lalu tangannya yang ligat itu terus mencubit pipi ku. “Oppa, hajima.. sakitla !” ngadu ku dengan manja lalu tanganku dengan pantas menarik telingannya yang capang. “Aduh ! Chagi, jangan la tarik kuat sangat. Nanti putus chagi jugak yang tak suke dekat oppa sebab oppa hilang telinga sebelah. Lebih baik chagi lepas kalau tak oppa geletek nanti!” ugut chanyeol sambil tangannya sudah bersedia terangkat untuk mengeletekku. “Oppa tak nak !” jerit ku sambil kaki sudah bersedia untuk melarikan diri. Belum sempat aku melarikan diri tangannya lebih pantas dan memeluk pinggang ku dari belakang dengan begitu erat. Dagunya diletakkan di atas bahu ku manakala bibirnya sudah dirapatkan ke telinga ku lalu dia membisikkan sesuatu di telinga ku sehingga aku dapat rasakan nafasnya yang begitu hangat. “Nak lari mane girl? Ni la akibatnya kalau nakal sangat,” “Hajima, Oppa lepaskan la.. geli la.. jangan la buat chagi macam ni.. ” aku meronta-ronta agar minta dilepaskan. 

        Aku sedar yang aku ni pendek dengan ketinggian ku hanya 160cm manakala dia 184cm. Tiba-tiba, dia menarikku lalu membaringkan ku ke lantai dan memandang tepat ke mata ku dengan pandangan yang agak menggoda sambil mengenyitkan mata kepada ku. Pipi ku sudah berubah menjadi merah macam tomato akibat menahan rasa malu diperlakukan begitu. Bibirnya semakin rapat, rapat, rapat dan sangat rapat sehingga aku dapat rasakan nafasnya yang hangat menghembus ke muka ku. Jantung tu berdegup dengan begitu kencang sekali. Aku memejam mata dengan rapat tiba-tiba..

Bersambung...



Written by Me at 08:04 0 Chingu(s)
Daebak News !
Assalammualaikum & Annyeonghaseyo


Hai guys ! Hari ni saya nak share Daebak News dengan korang! Nak tau tak?
Kalau nak jom kita tepuk tangan dulu ! *tepuk tangan dengan chanyeol* jeng2
Finally EXO have Official Fandom & Official Website ! & berubah nama fandom
 daripada exotic/exostans kepada EXO-L ! Daebak kan ! dia bagi name tu sebab
 huruf L berada di antara K & M& L menunjuk kan LOVE fandom terhadap 
EXO K & M. Then saya try la register dekat website tu teramat la lembab !
asyik2 crashed ! Maybe sebab ramai sangat orang bukak ! Org yang dah register
pun dah mencecah 300,000 lebih ! website GLOBAL mesti la ramai fans EXO kan?
 bayangkan ni baru 2 hari blum lagi seminggu. EXO fandom memang daebak !! ^^ 
Then bile dah masuk website dah register dapat Id Card daebak sangat ! Neomu2 
Joha ! Then ade kuiz pasal exo ! Me? opcoz la betul semua ! hehe Exo-L la kate kan
 Then saya terjumpa surat daripada Exo untuk fans! daripada chanyeol !! he's the first 
one that update the letter ! Sebab tu la Mrs.Park makin sayang Mr.Park :D ngeeee
Ni la yang dia post dekat website tu ! dia pon join website tu ! Awwww memang
suweet sangat ! melting plak ! Okay nak tau dia tulis ape tengok bawah ni ^^


[From. CHANYEOL] 드디어!!!! 


드디어!!!! 기다리고 기다리던 EXO의 공식 팬클럽 모집이 시작됐습니다!!

EXO-K
 EXO-M을 이어주는 EXO-L !! 이름이 너무너무 아름답지 않나요!?여러분도 마음에 드시죠!? 여러분들도 이제 저희 EXO와 함께 WE ARE ONE!!
앞으로도 지금처럼 평생 함께해요!!♥♥♥♥

[Trans]
Finally EXO's Official Fanclub is Started!!

EXO-L liaises between EXO-K and EXO-M !! Beautiful isn't it!?
I know you like it!? From now You are with EXO, WE ARE ONE!!

Be with EXO, be together 4ever!!♥♥♥♥


Awww, sweet kan Mr.Park ni? hehe dahla baik,handsome,tinggi
he's damn perfect Namja ! hehe okay la sampai di sini saja my
celoteh ! I hope u guys enjoy reading my post. Jalga my chingu
see u again ^^ insyaallah~~



Written by Me at 01:21 0 Chingu(s)
Still not Finish?
Assalammualaikum & Annyeonghaseyo


*nangis dengan chanyeol*
Esok sekolah betul ke ni? Aaaa ! cepatnye homework pon menggunung
ngeh2 tapi sempat pulak online? guane tu? Okay serius malas nak pergi sekolah!
Takde mood rase badan sakit2 semalam main badminton tak warm up haha padan
 mukekan dah menyusahkan diri.. aigooo.. nak pergi spa ase dapat massage
 mesti segarbaru semangat nak ke sekolah betul tak? Penatnye, hari ni dah la beraya
4 buah rumah ! Makan pulak tak ingat dunia, kan dah gemuk, tula kenapa la tuan
rumah ni asyik masak sedap2 je kan payah Mrs.Park nak kawal makan, mate pon
dah macam Tao(dark circle) Okay la Mrs.Park chow dulu ! Back to the main things !
hehe *homework* Jaljayo chingu deul ! Saranghae !
Gumawo for reading my post yang tah hape2 ni 
^^ *wave dengan chanyeol*



Written by Me at 07:03 0 Chingu(s)
Masa berlalu terlalu pantas !
Assalammualaikum & Annyeonghaseyo


*rampas microphone chanyeol*
Hello my lovely chingu(s)! Miss me? hehe kalau tak rindu takpe saya taknak
bagi duit raya ! hahahaha *gelak jahat* Kalau rindu nnti saya bagi duit raya !
Okay dah lama rasenye tak update blog ni al maklumlah Mrs.Park sedikit
busy dengan raya  Sampai kelupaan nak update blog, sian blog, miah ! Miss 
u blog ! syg blog ketat2 ! ceh sempat berdrama ^^ So macam mane dengan
raya korang? best tak? banyak tak dapat duit raya? korang gune dah ke?
*banyak pulak soalan bertubi-tubi* hehe miah Okay back to the real topic :D
*tepuk tangan dengan chanyeol* yeah ! 7 hari berlalu dengan begitu cepat !
Raya pon tak terasa, sekejap sangat rasa jumpe nenek dan saudara-mara :'(
Tak rase macam cuti ! Tak puas ! Cikgu upgrade kan lagi cuti ! jebal ! *buat
aegyo* serius cakap, homework lagi la tak sentuh ! dah la baru sihat dari demam
time2 raya ni kalau tak demam memang tak sah ! sabor jela kan.. homework
bertimbun tapi sempat plak update blog? haha aigooo Mrs.Park ni.. kalau dah
malas tu jujur jela :D ngeee okay la pape pon Selamat Hari Raya Maaf Zahir &
Batin from Mrs.Park ^^ hope tak terlewat lagi hehe.. So thats all from Mrs.Park
Bubai my seonmul(s) see u again insyaallah :D :D




Written by Me at 03:37 0 Chingu(s)

? ?